|
 |
|
Tuesday, June 28, 2011
kali pertama menjejak kaki ke tg. malim. Satu impian yg ditunggu bersama, hari yang dinanti. Tak sangka begini akhirnya. Dunia ku sudah tiada. Apa semua yg dilalui sia2. Kubawa penyesalan ini sehingga ke akhir hayat. Semuanya sudah berkubur seperti helaian nota2 lama yg ku bakar semalam.
Posted at 05:04 am by Liyana_sue
Read more
Thursday, April 07, 2011
it's a day when you realized that your life will be totally empty. Nothing... It's the deepest pain.
when i have nothing..
Posted at 04:13 pm by Liyana_sue
Read more
Friday, November 26, 2010
Awet Muda (1) Amalkan
memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.
Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur. (2) Sejurus
bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda
dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali.
Amalkan setiap hari urutan ini.
Mudah
Bangun Pagi Sebelum tidur, tepuk bantal tiga
kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w. Niat dalam hati utk bangun pagi
Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.
Menghilangkan Jerawat Campur
bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di
tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.
Meluruskan Rambut
Kerinting Perah sebiji kelapa dan ambil
patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam
peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada
kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam
barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut
kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.
Menghaluskan Kulit Muka (1)
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia
menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia
mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itu barulah
dibilas.
Memerahkan Bibir Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur.
Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai
gincu.
Memutih dan Mengilatkan
Gigi Ambil beberapa helai daun kelapa kering.
Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut.
Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih
berkilat.
Menghaluskan Kulit Muka (2)
Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu
disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih. Hilangkan
Pecah-pecah Di Tumit Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg
berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga
tumit sembuh semula.
Mengembalikan Seri Muka Selepas
Bersalin Rebus beberapa tangkai daun inai dan
minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan
Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk
bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa
mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu,
kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah
muka.
Menghilangkan Bau
Mulut Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga
cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur
hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.
Menghilangkan Lebam Mata Teh
uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman.
Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur. Menghapuskan Urat Timbul Di
Kaki Sewaktu Mengandung Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada
urat yang mula timbul. Amalkan selalu.
Mengelak Santau Untuk
mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa
lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli,
jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak
dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk
mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan
pintu.
Meminimakan Gangguan Semasa
Tidur Biasakan bangun awal pada waktu pagi
kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam.
Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk.
Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain
atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan
bertawakal kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang hari itu
adalah ibadat.
Menghilangkan Sakit
Kepala Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis
dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada
kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri
apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah
kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.
Melentikkan Bulu Mata - Ambil daun lidah buaya - Sebelum masuk
tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata - Amalkan selalu hingga bulu mata
semakin lentik
Kulit Cerah dan Licin - Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua -
Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan - Insyaallah, kulit akan
cerah, licin dan harum.
Rambut Lebat -Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga
bersih. -Selawat 3 kali -Tangan yg masih basah itu segera dilap atas
rambut
Posted at 11:21 pm by Liyana_sue
Read more
Mengatasi Senggugut Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita .
Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya
amalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah . 1) Campurkan
halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara
kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak
kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji
sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan
anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut . Ini adalah
pengalaman saya. 2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak
amalkan petua tersebut , tapi saya amalkan minum air suam . Kesannya tanpa
sedari dah lama saya tak dapat senggugut.
Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang
Jerawat Rebus segenggam biji kani (manjakani
atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga
menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg
anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap
hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.
Menyegarkan Mata Gatal dan Letih Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih.
Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya.
Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan
hasilnya anda akan merasai perubahannya.
Menyegarkan Mata Ambil timun
yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika.
Anda akan berasa kesegarannya selepas itu. Menaikkan Seri Muka Basuhkan muka
anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih
setelah sepuluh minit. Merawat Panau Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan
tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat
hasilnya.
Mengelak Rambut
Gugur Ambil beberapa helai daun bunga raya dan
lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di
atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan
memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
Mengurangkan Air Pada Faraj Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang
muda. Gaulkan dengan minyak minyak bijan dan kemudian kukuskan. Ramuan tersebut
hendaklah dimakan ketika tengah malam
Sihat
Tubuh Badan Setelah solat Subuh, lakukan
senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi
embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .
Melangsingkan Tubuh Dua biji
lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air
limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga
mencapai berat badan ideal
Menghilangkan
Parut di Kulit Tumbuk kulit kayu manis
sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama
dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan
sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga
sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di
wajah.
Mengelak Keguguran
Rambut Ambil lemak ayam dan masak sehingga
menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini
juga dapat mencegah kelemumur.
Menghilangkan Bau Ketiak Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut.
Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada
bahagian bawah ketiak.
Menghilangkan Kelemumur Perahkan air limau purut/
nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil
yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain
itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.
Rambut Gugur Rendamkan kacang
hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil
dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di
samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.
Menghilang Sakit Kepala Ambil
daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam
sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan
insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.
Menghilang Ketumbit Mata Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat
ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit
hilang.
Menurunkan Berat
Badan (1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina
dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis.
Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
Menurunkan Berat Badan (2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi
setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam
peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan
malam.
Mengatasi Tumit Pecah Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh.
Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum
mandi.
Posted at 11:20 pm by Liyana_sue
Read more
Melembutkan Rambut Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas.
Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir
itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut
dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.
Merawat Kulit Berkedut Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu
dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan
bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga
berkesan.
Melentikkan Bulu
Mata Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk
tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin
lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn
mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg
berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam
sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan
parut.
Melebatkan Rambut Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir.
Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu
madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih
kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua
kali seminggu.
Awet Muda Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua
tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan
wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi. Merawat Senggugut Ambil segenggam
halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap
barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan
hilang.
Kulit Cerah dan
Licin Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua
Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah,
licin dan harum. Rambut Lebat Setelah selesai makan, basuh tangan dengan
air sehingga bersih. Selawat 3 kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas
rambut
Mengurangkan Dengkur Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas
susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.
Menghilangkan Ketuat Sapukan
getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu
kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat
akan mengering dan luruh sendiri.
Mengempiskan Perut (1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih .
Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru
lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat
perut sahaja, amalkan setiap malam. (2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan
segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum
membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda
makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan
Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan
perut buncit.
Mengekalkan
Kecantikan Kalau mahukan wajah sentiasa cantik
amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan,
tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun
minuman. Menghasilkan Kulit Cantik Amalkan meminum air campuran pucuk
pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .
Posted at 11:19 pm by Liyana_sue
Read more
Malam ni susah nak tido.. kaki sakit plak jalan kaki jauh.. saya memang slalu macam ni... dulu setiap kali main ping pong untuk minggu KOko abis sakit badan. ping pong tu... bukan sport lasak sangat pun. Ape la nasib... cari-cari petua nak ilang sakit urat kaki tak jumpa plak. Haha.. ni amik dari syokkawin.com
Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh) Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih
sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi
berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari
berturut-turut.
Penawar
Resdung Petua yang paling mudah dan berkesan
ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber
wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah
berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka
dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi,
baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja.
Kesannya sungguh menakjubkan.
Melicin dan
Memerahkan Kulit Muka Ambil sebiji buah tomato
masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering
selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3
kali.
Menegangkan Kulit
Muka Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun
itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia
campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair..
Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara
ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan
menjadikan kulit kita segar...
Menghilangkan Cagu Perahkan
sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama
beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut.
Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur
pulih.
Menyerikan Wajah Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila
dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga
kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah
wajah anda. Selamat mencuba. M
Menghaluskan
Kulit Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada
muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada
gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato
ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.
Menghilangkan Bau Badan Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian
makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan
Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis
dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah
badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita,
amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.
Posted at 11:06 pm by Liyana_sue
Read more
Monday, November 22, 2010
huh...sikit lg.. sabar... sabar..
Hampir tiga tahun setengah di bumi tanjung malim... segala azab derita berkejar-kejaran menyiapkan kerja dan menimba ilmu.. semuanya bakal berakhir... (blum praktikal lagi..hehe) sebenarnya.. hah.. takut sangat. Perasaan yang saya alami ni hampir sama seperti perasaan semasa semester pertama dulu. Pertama kali exam di UPSI dan kali ini untuk yang terakhir. Hanya dua sahaja kertas ujian yang bakal dihadapi; Reflections dan Storytelling. Tapi yang azabnya tarikh yang sangat mantap. 24 dan 25 hb November.. Lagi 2 hari.. Walaupun waktu study week sangat panjang, saya berada di kampung. Malas nak cerita apa dah jadi kat kampung tapi memang tak dapat pun buka buku. Ohh..reflections.....banyaknya nota...... biru mata nak hafal sume.. dan saya sakit hati dengan portal myguru UPSI yang dah sekian lama kong tak dapat diakses. Uii.. unit ICT.. makan gaji buta ke....
mahu berada di sini lebih lama....
Posted at 04:28 pm by Liyana_sue
Read more
Sunday, November 21, 2010
 irham... with cherry cian budak bebulu ni demam..  cayang2 ciannye bucuk ni..


a week after... cherry dah sihat. macam raksasa plak gmbo kat bawah ni.. dah la mata kuning.. huhuhu... tetap jadi kesayangan sume.. nisa tengah dukung dia time ni. 
Posted at 12:19 pm by Liyana_sue
Read more
Salam Disebabkan terlalu banyak perkara yang berlaku dalam 2 bulan ni.. saya abaikan dulu blog. bagaikan fasa baru dalam hidup... saya benar-benar diuji, mental dan fizikal. Teman sebilik, Ain kemalangan, patah paha.. walaupun cedera teruk tapi saya sangat bersyukur... kerana tak ramai yang bernasib baik bila kemalangan ketika menunggang motosikal. This case motor kawan saya dilanggar kereta yang dipandu seorang perempuan (pelajar UPSI jugak). Ain tercampak ke tepi jalan. Pemandu kereta tu nasib baik la jenis bertanggungjawab. Kalau jenis langgar lari baik saya hantar santau jer. Dan dia mengaku salah bawak kereta cuai. Huh.. saya pantang bab bawak kereta cuai ni. Cukup la nyawa adik saya dah melayang sebab tu...dengan driver !@#$ tak mengaku salah lagi. Kemalangan berlaku dalam pukul 3 petang tapi saya hanya tahu setelah Ain call.. dah maghrib rasanya. Ya Allah.. menjerit2 saya dalam umah bagitau semua orang. Hospital pulak jauh sangat. Kes Ain tak boleh dirawat di Slim River dan terpaksa dihantar ke Teluk Intan.. dekat ngn Lumut tu.. memang jauh. Nasib baik kawan Ainun ada kereta... Ila memang orang Teluk Intan..masa tu jugak dia bawak kami jumpa Ain kat hospital. Ain nangis je.... tau.. sakit tu... sabar la. Hari-hari selepas tu... saya seorang diri melangkah kaki ke kelas. Sayu jugak teringat setiap kali kelas pagi.. kami mesyuarat dulu nak pegi kelas ke tak. Kerja pun agak double jugak la kerana ketiadaan partner. Haru biru saya menghadapi minggu-minggu tersebut. Mood pun agak teruk jugak. Kesian orang tu selalu kena marah. Maaf sayang...
Posted at 10:29 am by Liyana_sue
Read more
|
|
|