Kali pertama pulang cuti semester bersama keluarga. Mula-mula pelik juga kenapa mama beria-ia nak datang ambil padahal tiket masih available. Cakap la awal-awal mama… tak pasal-pasal saya termenung berfikir..kenapa takde angin..takde ribut..tiba-tiba kena marah pulak. Katanya, "Kalau tak ada tiket malam yang last paper tu, cakap awal-awal…abah datang ambik. Jangan nangis lagi macam sem lepas, orang lain balik, awak nangis sorang dalam umah!" Saya termangu kena marah. Haii..biasa balik 2,3 hari lepas exam pun takde masalah. Lagipun masih ada housemate dalam umah U35 ni.
Oo..rupa-rupanya nak bercuti di Cameron Highland. Kalau ye pun cakap direct la… jangan marah-marah. Huhu… bestnye… Ngeee..
Lepas datang ambil saya di Tanjung Malim, kami terus menuju ke Cameron. Jalan semasa menuju ke Cameron melalui bandar Ipoh (jalan lama) sangat mencabar. Jalan yang berliku penuh selekoh itu bagai tiada penghujung. Muka saya sudah kebiruan. Di stesen minyak Brinchang saya memuntahkan semua isi perut.. sarapan pagi tu-nasi goreng pataya. Walaupun sedikit lega saya hanya diam membisu.. risau bala datang lagi.

kabinet dapo...

meja makan

incik aiman
Abah sudah booked satu apartment di Country Lodge Resort. Dapat address dari internet katanya. Hmm..best..macam rumah. Ada dapur, meja makan, ruang ramu, dua bilik tidur, serta ruang beranda dengan pemandangan yang oOooLala…cantiiikk…. kat Cameron takde swimming pool. Kenapa ye?

strawbeLly in coklet

red juicy..nyummmy
Apartment ni betul-betul di tengah bandar. Depan ada KFC, ada funfair dan deretan pasar malam. Wee..bestnye..datang ari tu ada pasar malam. Banyak jugak shopping, antara yang paling best. Strawberry celup coklat. 3 biji strawberry cucuk kat lidi celup coklat dan ditabur rainbow rice. Mula-mula saya ingat mama beli donut mini yang choc coated. Saya gigit… hmmm..strawberry segar. Juicy…nyam2. Tak terlalu ranum. Isinya masih pejal, tak terlalu manis dan tak terlalu masam. Saya habiskan 5 cucuk. RM1.50 satu. Sedaap..rugi tak try. Patutla Dato' K pakai mende ni wat modal mengurat Cik Siti. Memang sedap.
Hari kedua baru la ronda-ronda sekitar ni. Jelajah semua taman. Huhu.. ntah nape saya tak pernah boring ngn Cameron ni Sebab banyak bunga kut. Ladang teh pun pegi jugak. Saya dan adik berlari-lari macam babak nyanyi cite Hindustan.Cejuk… cejuk sangat-sangat. Dah la musim hujan. Kasut pulak takde. Ingatkan ok je tak bawak kasut. Alahai…rindunye kat dia.
Kerana percutian ini…. Saya terpaksa pulang lebih awal dari yang dirancang. Tinggalkan cyg mucuk saya sesorang kt Proton City.. cian..exam lagi yer. Saya gembira…sangat gembira… kerana saya masih memiliki dia… insan yang memiliki hati yang benar-benar tulus. Masih marah lagi ye… saya tau awak tu garang. Hang Tuah la katakan. Saya tak dapat berbuat apa-apa untuk meredakan bara yang masih panas tu. Cukuplah sekali saya tersilap percaturan. Kononnya dulu saya rasa macam betul. Seolah-olah saya akan buat semua orang gembira dan saya akan bahagia. Maaf…sori ye.
I will award my heart to the one who loves me with all his heart.
Meh le…de beli something untuk awak nih.